Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing lepas ke parak.Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal berinsang ikanlah.Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti berebut kelongkong kelapa.Pergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit. kelongkong = buah nyiur yang masih muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.Tiada memilih (makanan atau perbuatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang ikan dalam kerabu.Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas