Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masak malam mentah pagi (= siang).Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelam bagai malam dua puluh tujuh.Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang berpanas, malam berembun.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malam berselimut embun, siang bertudung awan.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk berkurung siang malam.Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelip-kelip terbang malam.Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai ayam diasak malam.Tidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas