Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malas-malas

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Malas bergarit, perut perit.Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak menyelam beliung.Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pangku tangan cerut perut.Malas bekerja tak dapat makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ringan mulut berat punggung.Malas meninggalkan tempat duduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Segan menggerak lingkar.Terlalu malas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai balak terendam.Orang gemuk yang malas bergerak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menetak dengan belakang parang.Menyuruh orang malas bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anak sepat ketohoran.Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas