Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw 1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu malam): gerak-gerinya spt orang ~; 2. mencuri; ~ curi hal curi-mencuri; ~ dapat (Palembang) ark menemui sesuatu serta memilikinya; kemalingan dimasuki oleh pencuri, kecurian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maling I

Puisi
 

Raden Galoh di pintu maling,
     Anak raja di tangga balai;
Yang duduk mengeluh hati berpusing,
     Hajat ada niat tak sampai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Orang maling berteriak maling.Mendului orang menyorakkan sesuatu kejahatan, supaya kejahatannya tidak ketahuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menanti laki pulang maling.Tidak tenteram, selalu waswas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling.Menunjukkan kemiskinan diri kepada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas