Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Mandi di telaga di tepi jalan,
     bersunting bunga tahi ayam.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)

453

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Mati-mati mandi biar basah

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati mandi biar basah. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mandi tak basah.Orang yang keras hati; terlalu rindu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam.Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi dalam cupak.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mandi berselam, awak mandi bertimba.Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. pelak = panas, gerah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Basah kuyup mandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh.Berpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sepatung mandi.Sebentar amat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi air mandi.Sudah jadi kebiasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati-mati mandi biar basah.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepala-pala mandi, biarlah basah.Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas