Orang mandi berselam, awak mandi bertimba. | Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepala-pala mandi, biarlah basah. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi tak basah. | Orang yang keras hati; terlalu rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam. | Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang. | Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. pelak = panas, gerah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Basah kuyup mandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh. | Berpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sepatung mandi. | Sebentar amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi air mandi. | Sudah jadi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati-mati mandi biar basah. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |