Bagai emak mandul baru beranak. | Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si mandul mendapat anak. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si mandul baru beranak. | Sangat kasih akan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kotek ayam mandul. | Maksudnya saja yang banyak, tetapi suatu pun tak jadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul mendapat anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |