| Pahit dulu, manis kemudian. | Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. | Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. | Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. | Mulut manis hati busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat. | Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |