| Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya. | Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun. | Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. | Manusia dihormati kerana kejujurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia. | Hati manusia tak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. | Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manusia tahan kias, binatang tahan palu. | Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |