Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. | Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil anak besar onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertawa dalam perkabungan. | Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga. | Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |