Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Agung susut, pongah masih.Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjemur sementara hari panas.Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masih berbau pupuk jerangau.Belum ada pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Budak-budak makan pisang.Masih mentah dalam segala hal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selama hayat dikandung badan.Selama masih hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada umur ada rezeki.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada nyawa ada rezeki.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hari, ada nasi.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas