Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sin] | ماسين

Definisi : rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkata­annya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipe­dulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sin] | ماسين

Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masin (adjektif)
Bersinonim dengan asin, payau;,
Kata Terbitan : memasinkan, kemasinan, pemasinan,

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Lidahnya masin.

Bermaksud :

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Masin lagilah garam sendiri.Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidahnya masin.Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tahu di masin garam.Belum ada pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.Ajaran supaya tahu akan susah hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Babi merasa gulai.Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tahu di pedas lada.Belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu di masin garam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas