Bagai anjing buruk kepala. | Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing kepala busuk. | Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |