Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Apa guna pasang pelita,
     Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna berpandang mata,
     Hati tidak dengan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersultan di mata, beraja di hati.Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beraja di mata, bersultan di hati.Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beraja di hati, bersultan di mata.Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Silap mata, pecah kepala.Kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh di mata, dekat di hati.Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati gatal mata digaruk.Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang di mata di hati jangan.Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumbang di mata, binasa hati.Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas