Matahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya. | Pemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Matahari tengah gerhana. | Berwajah muram kerana dukacita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru? | Kebenaran itu tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan naik matahari naik. | Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. | Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah (= menentang) matahari. | Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan dengan matahari. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari. | Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan dimakan rahu. | Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |