| Bersua baji dengan matan. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu beliung dengan ruyung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tahan baji oleh kelidai. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu teras dengan beliung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |