Kerambil tumbuh di matanya. | Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, (Biasa juga: Dikiaskan kepada perempuan cantik yang kuyu matanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya. | Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi. | Sudah tua sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya. | Dalam perjanjian, syarat-syarat orang lebih kuat daripada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya. | Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |