| Biar mati anak jangan mati adat. | Adat yang tidak boleh dilanggar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai. | Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak. | Anak dan bapa wajib tolong-menolong. kalang = galang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah. | Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati ayam mati tungaunya. | Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diratapi langau hijau. | Anak dagang yang mati di rantau orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |