Tohok tunggang ke baruh (= ke bawah). | Orang yang berkuasa mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. | Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belut pulang ke lumpur. | Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertandang ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |