Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi. | Diam yang ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah. | Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah semakin kurang. | Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lecah di kaki. | Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Upah lalu, bandar tak masuk. | Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang. | Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |