Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melangkah kaki kanan.Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cik puan melangkah ular tak lepas.Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak dapat melangkah batang, menyusup ke bawahnya lepas jugalah.Dengan muslihat, orang yang kuat dapat dialahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang.Pendirian yang tetap. sedang = cukup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas