Sudah lulus maka hendak melantai. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kecurian baru mengunci pintu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kalah baru berkubu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teperlus maka hendak menutup lubang. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terantuk baru tengadah. | Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |