Wau melawan angin. | Perbuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana layang-layang melawan angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang melawan angin. | Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lembu dogol jangan dibalun. | Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah (= menentang) matahari. | Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bubu duduk, jiwaku hilang. | Melawan kehendak orang yang lebih berkuasa daripadanya. bubu = lukah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersukat darah, bertimbang daging. | Melawan sampai mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. | Orang yang besar tubuh tetapi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi. | Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperagakan duri sebatang kepada landak. | Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit berperang dengan garuda. | Orang kecil melawan orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |