Melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia. | Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris. | Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Maksud bagai maksud manau. | Maksud yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh berjanggut, tiada berjubah. | Keadaan yang melebihi kenyataan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayang-bayang tidak sepanjang badan. | Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit hendak jadi enggang. | Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya. | Kepintaran itu melebihi kekayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayap singkat, terbang hendak jauh (= tinggi). | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |