| Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu. | Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melihat bayang-bayangnya di air. | Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melihat ulat. | Sangat benci. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melihat asam. | Ingin sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berulat mata melihat. | Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbulu mata melihat. | Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buta baru celik (= melihat). | Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |