| Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung. | Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pacat melompat. | Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan di kuali, habis melompat. | Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertumpu dulu barulah melompat. | Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan, cukupkan dulu persediaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. | Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan digulai sudah melompat. | Nasib yang malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. | Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah. | Persahabatan yang karib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |