Bulat bersegi, bersanding melukai. | Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masak di luar mentah di dalam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun. | Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan. | Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masak di luar mentah di dalam. | Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulat bersegi, bersanding melukai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |