Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. | Bahaya yang sentiasa mengancam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mayang menolak seludang. | Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ulat lupakan daun. | Melupakan kebaikan orang kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mana kerbau yang bencikan kubangnya? | Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |