Memakai kulit harimau. | Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti. | Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai memakai baju pinjaman. | Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah memakai adat. | Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah membeli, menang memakai. | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membawakan cupak ke negeri orang. | Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tikus masuk kapur (= tepung). | Memakai bedak tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menari (= merentak) di ladang orang. | Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |