Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. | Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh. | Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. | Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih mata kerana memandang. | Menanggung rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi. | Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak (ber)pucuk di atas enau. | Sangat sombong, memandang rendah kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan. | Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |