| Memanjat terkena seruda. | Usaha yang mendapat rintangan. seruda = duri-duri yang dipasang di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati. | Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memanjat dedap. | Melakukan perbuatan secara nekad. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. | Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enau mencari (= memanjat) sigai. | Perempuan mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memanjat bersengkelit. | Belum berpengalaman. sengkelit = tali yang diikatkan pada kedua belah kaki untuk memudahkan memanjat pohon yang tinggi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kura-kura (hendak) memanjat kayu. | Berbuat sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melilit dulu kemudian memanjat. | Perbaikilah diri sendiri dulu sebelum melakukan sesuatu usaha yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |