Seperti pelita: membakar diri menerangkan orang. | Mengorbankan diri untuk kesenangan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |