Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.kit] | ممبڠکيت

Definisi : 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangkit

Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur,
     makin dalam ia terbenam.

Bermaksud :

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membangkit-bangkit batang terendam.Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membalik-balik kaji.Membangkit-bangkit perkara yang telah lama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas