| Adat pulau limburan pasang. | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggali paya menimbun bukit. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pahat dengan penukul. | Satu sama lain bantu-membantu. (Bandingkan dengan: Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertambah semakin kurang. | Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. | Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia. | Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |