Membasahkan garam sendiri. | Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Maukah (mahukah) orang menghujankan garamnya? | Tidak ada orang yang mahu menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: Membasahkan garam sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri. | Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |