Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. pergi melarikan diri. b. menjaga serta menyesuaikan diri dgn keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa diri

Puisi
 

Sayang ke barat Pulau Peringgi,
     Buah padi buah jeranang;
Saya melarat membawa diri,
     Sebab membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Terlampau lurus,
     kurus;
terlampau cerdik terkedik.

Bermaksud :

Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pandai menyelam air dangkal.Pandai membawa diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik.Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit).Orang yang tidak tahu membawa diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang.Tidak sombong; rendah diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana.Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas