Sumbing menitik, patah mengimpal. | Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggali lubang, menutup lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lubang, gali lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gali lubang menutup lubang. | Meminjam wang untuk membayar hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo. | Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. | Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |