Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baji dahan membelah dahan. | Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti halilintar membelah bumi. | Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. | Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. | Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. ruyung = batang pohon enau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kiamat bunyinya. | Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti halilintar membelah bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |