Alah membeli, menang memakai. | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membeli kucing dalam karung. | Membeli sesuatu dengan tidak melihat barangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membeli kerbau di padang. | Membuat pekerjaan dalam keadaan terburu-buru tanpa usul periksa lebih dulu. (Biasa juga: Membeli kerbau bertuntun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung. | Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyauk kering-kering, membeli habis-habis. | Menyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo. | Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tercocok hidung. | Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata. | Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jemur terkekar ayam tiba. | Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |