Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik melompat, turun terjun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si buta membilang bintang di langit. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik seperti semut, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |