Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.na.sa.kan] | ممبيناساکن

Definisi : 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.na.sa.kan] | ممبيناساکن

Definisi : membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membinasakan

Peribahasa

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.

Bermaksud :

Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menjerat leher sendiri.Membuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi.Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan memanah ke langit.Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat kerja seperti yajud wa majud.Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas