Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membuang garam ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tukang tidak membuang kayu.Orang yang cerdik selalu berhemat dalam segala perkara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuang bunga ke jirat.Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia, (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bunga di atas kubur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur bunga di atas kubur.Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur bijan ke tasik.Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasuh najis dengan mala.Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tabur bijan ke tasik.Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bijan ke tasik).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas