Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperlihatkan kurus tidak berbaju. | Membuka rahsia diri sendiri kepada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekarau besar liang. | Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kena pembungkam. | Terdiam tak dapat berkata-kata. pembungkam = hikmat cuca yang membuat orang bingung dan tiada dapat membuka mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil berdiang, nasi masak. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyelam minum air. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkayuh sambil bertimba. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |