| Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun. | Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merebut merampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang memampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyang. | Apa yang difikirkan baik terus kerjakan; jangan dihiraukan umpat dan puji orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan harimau makan anaknya. | Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang mencencang memampas. | Yang berbuat salah harus menerima hukuman. (Bandingkan dengan: Mencencang memampas, membunuh membangun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya. | Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |