Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ru/.kan] | ممبوروقکن

Definisi : 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ru/.kan] | ممبوروقکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memburukkan

Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Periuk mengumpat belanga.Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuali mengatakan belanga hitam.Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kata periuk belanga hitam.Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas