Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji. | Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung. | Tidak mementingkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya. | Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |