Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memikul di bahu, menjunjung di kepala.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bahu memikul, hati menyokong.Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ringan sama menjinjing, berat sama memikul.Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul.Yang bersalahlah yang menerima hukuman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menumbuk di lesung, bertanak di periuk.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berat sepikul, ringan sejinjing.Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas