Memilih sangat, terpilih buku. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memilih tebu dapat teberau. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing lepas ke parak. | Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. | Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkena buku buluh. | Kerana terlalu memilih-milih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbang burung, berinsang ikan. | Tidak banyak memilih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka. | Tiada memilih (makanan atau perbuatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih itu roh (= semangat) yang buta. | Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |