Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjemur bangkai ke atas bukit. | Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperlihatkan kurus tidak berbaju. | Membuka rahsia diri sendiri kepada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling. | Menunjukkan kemiskinan diri kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |