| Menabur bunga di atas kubur. | Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menabur benih di tanah yang subur. | Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menabur (= menanam) biji di atas batu. | Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bijan ke tasik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuang bunga ke jirat. | Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia, (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bunga di atas kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |